Perniagaan Milikan Tunggal/ Perkongsian

 

Perniagaan Milikan Tunggal/ Perkongsian yang dijalankan di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 (Akta 197).


Perniagaan yang dinyatakan di dalam Jadual di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 (Akta 197) (APP 1956) dan Kaedah-kaedah Pendaftaran Perniagaan 1957 ialah perniagaan bentuk pemilikan tunggal dan perkongsian.

PEMILIKAN TUNGGAL

Nama Sendiri
Yuran Pendaftaran

RM 30.00 setahun

PEMILIKAN TUNGGAL

Nama Tred
Yuran Pendaftaran

RM 60.00 setahun

PERKONGSIAN

Nama Tred
Yuran Pendaftaran

RM 60.00 setahun

Tambahan RM5.00 setahun untuk setiap cawangan serta RM10.00 (tidak tertakluk kepada SST) bagi pembelian maklumat perniagaan.

  1. Penggunaan bahasa dan ejaan yang betul;
  2. Nama yang tidak terlalu umum;
  3. Tidak menyerupai nama perniagaan yang telah didaftarkan atau dalam simpanan;
  4. Bukan nama-nama yang kurang sopan, mencerca serta mengelirukan dari segi identiti dan objek;
  5. Tidak menyentuh atau melambangkan unsur-unsur keagamaan atau kepercayaan;
  6. Tidak dibenarkan menggunakan perkataan yang dikawal dan dihadkan penggunaan kerana kepentingan nasional atau awam;
  7. Tidak menggunakan nama yang mengandungi perkataan yang boleh dikelirukan sebagai identiti di bawah undang-undang atau NGO/NPO;
  8. Tidak menggunakan nama yang ada kaitan dengan singkatan nama badan-badan berkanun, syarikat-syarikat atau agensi kerajaan;
  9. Penggunaan simbol dibenarkan dalam nama perniagaan kepada 5 simbol sahaja dan mestilah bersesuaian dengan penggunaannya iaitu simbol dan (&), noktah (.), sempang (-), kurungan (), dan apostrophe (');
  10. Penggunaan nombor/angka dibenarkan bagi penggunaan yang bersesuaian; dan
  11. Prinsip-prinsip umum yang ditetapkan dari semasa ke semasa.
  1. Pemilik mestilah Warganegara Malaysia atau Penduduk Tetap
  2. Pemilik mestilah berumur 18 tahun ke atas
  3. Pemilik/rakan kongsi sahaja dibenarkan untuk membuat permohonan.
  1. Pendaftaran boleh didaftarkan menggunakan nama sendiri atau nama 'Tred'.
    1. Nama sendiri menggunakan nama seperti di dalam kad pengenalan tidak perlu memohon kelulusan nama perniagaan. Contoh: Ruslan bin Mohamed, Siow Ah Thai, Ramasamy a/l Mutusamy.
    2. Nama Tred ialah nama perniagaan yang dicadangkan dan perlu mendapat kelulusan daripada Pendaftar Perniagaan, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) terlebih dahulu. Contoh: Kedai Dobi Mewah, Lucky Star Catering, ABS Unggul Enterprise.
  2. Lengkapkan Borang Pendaftaran Perniagaan Baru (Borang A) dengan mengisi maklumat seperti berikut:
    1. Nama perniagaan
    2. Tarikh permulaan perniagaan
    3. Alamat utama perniagaan
    4. Alamat cawangan perniagaan (jika ada)
    5. Maklumat pemilik dan rakan kongsi
    6. Jenis perniagaan yang akan dijalankan
    7. Kemukakan salinan perjanjian perkongsian (jika ada).
  3. Pemilik dan rakan kongsi hendaklah menandatangani di ruangan maklumat pemilik dan di ruangan pengesahan oleh pemilik tunggal/rakan kongsi.
  4. Pemilik / semua rakan kongsi perlu hadir untuk urusan pendaftaran.
  5. Dokumen yang perlu dilampirkan:
    1. Surat Kebenaran atau Surat Sokongan bagi jenis perniagaan Taska (Jabatan Kebajikan Masyarakat), Tadika, Pusat Tuisyen, Sekolah/Kolej Pendidikan (Kementerian/Jabatan Pendidikan); dan/atau
    2. Surat kebenaran atau sokongan daripada agensi berkaitan sekiranya diperlukan oleh Pendaftar.
  6. Pendaftaran perniagaan boleh juga dilakukan melalui dalam talian di ezbiz.ssm.com.my
  1. Perniagaan telah dijalankan dan didaftarkan tidak lewat dari 30 hari dari tarikh permulaan perniagaan.
  2. Pendaftaran baru perniagaan boleh dibuat bagi jangkamasa satu (1) tahun dan tidak melebihi lima (5) tahun pada setiap pendaftaran.
  3. Jenis perniagaan yang didaftarkan tidak menyalahi undang-undang, tidak bersesuaian dengan keselamatan persekutuan, ketenteraman awam atau prinsip moral.
  4. Perakuan Pendaftaran Perniagaan boleh diperolehi dalam masa satu (1) jam dari waktu pembayaran dibuat.
  5. Seseorang yang menjalankan perniagaan tanpa mendaftarkan perniagaan adalah melakukan suatu kesalahan di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 (Akta 197) dan jika disabit kesalahan dikenakan denda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi dua (2) tahun atau kedua-duanya.
  6. Pemilik perniagaan bertanggungjawab untuk mendapat lesen, permit atau surat kebenaran sewajarnya daripada pihak berkuasa yang berkaitan bagi jenis/aktiviti perniagaan yang dijalankan walaupun pendaftaran perniagaan tersebut telah didaftarkan di SSM.

 

 

 

Hubungi Kami

MalaysiaBiz
SME Corporation Malaysia
(SME Corp. Malaysia)
Aras 6, SME 1, Blok B
Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2
Kuala Lumpur Sentral
50470 KUALA LUMPUR

Penafian

Kerajaan Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dari portal ini

Ikuti Kami
     

Pautan

logo-smecorp | MATA EYEWEAR
SMEInfo

Statistik

Laman Portal ini telah dikunjungi sebanyak kali

Agensi Integrasi

KPKTJKKPLJM LJTM LJBM 
    
     

Paparan terbaik adalah dengan menggunakan pelayar Microsoft Edge, Google Chrome dan Mozilla Firefox versi terkini yang mempunyai minima resolusi sebanyak 1200 piksel x 800 piksel di mana Javascript diaktifkan.
Bagi pelayar Internet Explorer (IE) pula, kami sarankan untuk tukar ke Microsoft Edge untuk mendapatkan paparan yang terbaik.