Syarikat

 

Pemerbadanan syarikat di bawah Akta Syarikat 2016 (Akta 777) boleh dilakukan oleh individu yang berhasrat membentuk syarikat.


Ciri-ciri Syarikat

Ciri-ciri syarikat adalah:

  1. Syarikat hendaklah mempunyai nama.
  2. Seorang atau lebih anggota.
  3. Dalam kes syarikat berhad dengan syer, satu atau lebih syer dan
  4. Seorang atau lebih pengarah.

Keperluan Untuk Pemerbadanan Syarikat

Pemerbadanan syarikat di bawah Akta Syarikat 2016 (Akta 777) boleh dilakukan oleh individu yang berhasrat membentuk syarikat. Keperluan asas adalah:

  1. Syarikat persendirian - sekurang-kurangnya seorang pengarah yang mempunyai tempat kediaman utama di Malaysia dan satu anggota syarikat (pemegang saham) atau
  2. Syarikat awam - sekurang-kurangnya dua orang pengarah yang mempunyai tempat kediaman utama di Malaysia dan satu anggota syarikat (pemegang saham)

Syarat Nama Syarikat

Seseorang hendaklah memohon kepada Pendaftar Syarikat untuk mengesahkan ketersediaan nama yang dicadangkan. Permohonan nama juga tertakluk kepada:

  1. Warta Kerajaan Bil. 61, No. 4620 bertarikh 9 Mac 2017
  2. Garis Panduan Menamakan Syarikat

Permohonan nama hendaklah dibuat secara dalam talian di https://mycoid2016.ssm.com.my

Prosedur Pemerbadanan Syarikat

1. Keperluan mendapat kelulusan nama syarikat dari SSM.

2. Permohonan pemerbadanan syarikat adalah secara atas talian (online) menggunakan salah satu daripada dua (2) kaedah pemerbadanan iaitu:

A

Permohonan nama dan pemerbadanan syarikat (Direct incorporation) (tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan

B

Menyerah simpan permohonan pemerbadanan dalam tempoh masa 30 hari atau apa-apa tempoh yang lebih lama sebagaimana yang dibenarkan oleh Pendaftar (maksimum 180 hari).

 

Maklumat pemerbadanan yang perlu dilengkapkan adalah seperti yang berikut:

  • Nama syarikat yang dicadangkan
  • Status syarikat persendirian atau awam
  • Jenis perniagaan yang dicadangkan
  • Alamat pejabat berdaftar
  • Alamat perniagaan
  • Maklumat lengkap pengarah dan anggota
  • Perakuan daripada pengarah dan anggota
  • Perakuan pematuhan daripada individu yang bertanggungjawab atas pemerbadanan
  • Dokumen Tambahan (jika ada)

3. Fi pendaftaran

  • Syarikat berhad mengikut saham RM1,000.00; or
  • Syarikat berhad mengikut jaminan RM3,000.00.

Nota:

  1. Hanya notis pendaftaran akan dikeluarkan.
  2. Sijil perakuan pemerbadanan syarikat hanya akan dikeluarkan apabila permohonan dibuat beserta bayaran yang ditetapkan.
  3. Setiausaha syarikat perlu dilantik dalam tempoh 30 hari selepas pemerbadanan syarikat.
  4. Perlembagaan (constitution) syarikat adalah pilihan bukan mandatori bagi syarikat terhad mengikut saham.

 

 

 

 

Hubungi Kami

MalaysiaBiz
SME Corporation Malaysia
(SME Corp. Malaysia)
Aras 6, SME 1, Blok B
Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2
Kuala Lumpur Sentral
50470 KUALA LUMPUR

Penafian

Kerajaan Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dari portal ini

Ikuti Kami
     

Pautan

logo-smecorp | MATA EYEWEAR
SMEInfo

Statistik

Laman Portal ini telah dikunjungi sebanyak kali

Agensi Integrasi

KPKTJKKPLJM LJTM LJBM 
    
     

Paparan terbaik adalah dengan menggunakan pelayar Microsoft Edge, Google Chrome dan Mozilla Firefox versi terkini yang mempunyai minima resolusi sebanyak 1200 piksel x 800 piksel di mana Javascript diaktifkan.
Bagi pelayar Internet Explorer (IE) pula, kami sarankan untuk tukar ke Microsoft Edge untuk mendapatkan paparan yang terbaik.