Perkongsian Liabiliti Terhad

 

Perkongsian Liabiliti Terhad merupakan sebuah perniagaan alternatif di bawah Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012 (Akta 743) yang menggabungkan ciri-ciri syarikat persendirian dan perkongsian konvensional.


Ciri-ciri Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT)

  1. PLT merupakan suatu pertubuhan perbadanan dan mempunyai keperibadian undang-undang yang berasingan daripada pekongsinya.
  2. PLT adalah kekal turun temurun.
  3. Sebarang perubahan dalam pekongsi PLT tidak akan menjejaskan kewujudan, hak atau liabiliti PLT.
  4. PLT mempunyai keupayaan yang tidak terhad dan berupaya untuk membawa atau dibawa guaman terhadapnya, memperoleh, memiliki, memegang dan membangunkan atau melupuskan harta.
  5. PLT boleh melakukan dan menanggung apa-apa perbuatan dan perkara lain yang boleh dilakukan dan ditanggung dengan sah oleh badan korporat.

Syarat mendaftar

  1. Nama PLT yang dicadangkan.
  2. Jenis perniagaan.
  3. Alamat pejabat berdaftar.
  4. Nama dan maklumat rakan kongsi.
  5. Nama dan maklumat pegawai pematuhan dan
  6. Surat kelulusan daripada badan profesional – perlu menyertakan surat kelulusan daripada badan kawal selia sepertimana ditetapkan dalam ruang ketiga Jadual Pertama Akta PLT 2012.

Pihak yang boleh memohon pendaftaran

  1. Profesional (Akauntan bertauliah, Setiausaha Syarikat).
  2. Perniagaan kecil dan sederhana.
  3. Usahasama (Joint Venture)
  4. Venture Capital.

Fi Pendaftaran

Jenis-jenis transaksi:

Pendaftaran PLT baharu

RM 500.00

Penukaran kepada PLT

RM 500.00


Pihak yang melaksanakan permohonan pendaftaran

Pendaftaran dibuat oleh Pegawai Pematuhan yang dilantik oleh PLT, iaitu:

1. Sama ada salah seorang (1) rakan kongsi atau setiausaha syarikat (mengikut Akta Syarikat 2016 [Akta 777])

2. Warganegara / Penduduk Tetap Malaysia berumur 18 tahun ke atas.

Permohonan secara atas talian boleh dibuat dengan melayari https://www.myllp.com.my/ .

Syarat penukaran PLT

Maklumat yang diperlukan adalah seperti berikut:

 

Penukaran Perniagaan Perkongsian Kepada PLT

  1. Nama, nombor dan tarikh pendaftaran Perniagaan Perkongsian.
  2. Rakan kongsi terdiri daripada orang yang sama.
  3. Perakuan Perniagaan Perkongsian boleh membayar hutangnya.

 

Penukaran Perniagaan Professional Kepada PLT

  1. Nama, nombor dan tarikh pendaftaran Perniagaan Profesional (jika ada).
  2. Perakuan Perniagaan Perkongsian boleh membayar hutangnya.
  3. Surat kelulusan daripada badan kawal selia.

 

Penukaran Syarikat Persendirian Kepada PLT

  1. Nama, nombor dan tarikh pendaftaran syarikat persendirian.
  2. Semua fi statutori/amaun terhutang kepada agensi Kerajaan telah dijelaskan.
  3. Syarikat boleh membayar hutangnya semasa tarikh permohonan;
  4. Pemberitahuan melalui iklan dalam akbar yang diedarkan secara meluas di Malaysia dan dalam warta Kerajaan; dan
  5. Semua pemegang saham dan pemiutang bersetuju dengan pertukaran.

 

 

 

Hubungi Kami

MalaysiaBiz
SME Corporation Malaysia
(SME Corp. Malaysia)
Aras 6, SME 1, Blok B
Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2
Kuala Lumpur Sentral
50470 KUALA LUMPUR

Penafian

Kerajaan Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dari portal ini

Ikuti Kami
     

Pautan

logo-smecorp | MATA EYEWEAR
SMEInfo

Statistik

Laman Portal ini telah dikunjungi sebanyak kali

Agensi Integrasi

KPKTJKKPLJM LJTM LJBM 
    
     

Paparan terbaik adalah dengan menggunakan pelayar Microsoft Edge, Google Chrome dan Mozilla Firefox versi terkini yang mempunyai minima resolusi sebanyak 1200 piksel x 800 piksel di mana Javascript diaktifkan.
Bagi pelayar Internet Explorer (IE) pula, kami sarankan untuk tukar ke Microsoft Edge untuk mendapatkan paparan yang terbaik.