Pendaftaran Entiti Perniagaan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia

Terdapat tiga (3) jenis entiti perniagaan yang boleh didaftarkan di Malaysia seperti berikut:

  • Perniagaan (Milikan Tunggal / Perkongsian) di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 (Akta 197);
  • Syarikat (Sdn Bhd / Berhad) di bawah Akta Syarikat 2016 (Akta 777); dan
  • Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT) di bawah Akta PLT 2012 (Akta 743).

Pendaftaran di Badan-badan Profesional

Badan pengamal perundingan profesional (entiti profesional) mempunyai pilihan samada untuk mendaftarkan entiti profesional dengan Badan Pendaftar Profesional sahaja atau diperbadankan sebagai sebuah Syarikat atau PLT.

Bagi entiti profesional yang ingin mendaftar di bawah PLT, entiti terbabit mempunyai pilihan samada untuk membuat pendaftaran baru atau penukaran. Walau bagaimanapun, entiti profesional tidak boleh berdaftar sebagai Perniagaan (Milikan Tunggal/Perkongsian) kerana tertakluk kepada Seksyen 4(D) Akta Pendaftaran Perniagaan 1956. Entiti profesional ini termasuklah seperti di Jadual berikut :

Profesion
Badan Pendaftar
Undang-undang Berkaitan
Jurutera Lembaga Jurutera Malaysia Seksyen 7 (A) dan 7 (A)(1) Akta Pendaftaran Jurutera 1967 (Akta 138)
Juruukur Bahan Lembaga Juruukur Bahan Malaysia Seksyen 5 (B) Akta Juruukur Bahan 1967 (Akta 487)
Juruukur Tanah Lembaga Juruukur Tanah Malaysia Peraturan 8 (2) Peraturan-peraturan Juruukur Tanah Berlesen 2011
Arkitek Lembaga Arkitek Malaysia Seksyen 7 (A) (1) Akta Arkitek 1967 (Akta 117)
Akauntan Institut Akauntan Malaysia Perkara 500.9 (1) (A) By-Laws (on Professional, Ethics, Conduct and Practice) of MIA
Penilai, Pentaksir dan Ejen Hartanah Lembaga Penilai, Pentaksir, Ejen Harta Tanah dan Pengurus Harta Seksyen 23 Akta Penilai, Pentaksir dan Ejen Hartanah 1981 (Akta 242)
     

Pendaftaran di Badan-badan Pendaftar Lain

Lain-lain Badan Pendaftar seperti pengamal perubatan dan pengamal pergigian boleh mendaftar diCawangan Kawalan Amalan Perubatan Swasta, Bahagian Amalan Perubatan Bahagian Amalan Perubatan, Kementerian Kesihatan Malaysia selain mempunyai pilihan untuk diperbadankan sebagai sebuah Syarikat atau PLT.

Manakala bagi amalan perundingan guaman, peguam-peguam yang mendaftar dengan Majlis Peguam Malaysia juga mempunyai pilihan untuk diperbadankan sebagai sebuah Syarikat.

Bagi koperasi yang ingin menjalankan perniagaan perlu terlebih dahulu mendaftar penubuhan koperasi di Suruhanjaya Koperasi Malaysia.

 

 

 

Hubungi Kami

MalaysiaBiz
SME Corporation Malaysia
(SME Corp. Malaysia)
Aras 6, SME 1, Blok B
Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2
Kuala Lumpur Sentral
50470 KUALA LUMPUR

Penafian

Kerajaan Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dari portal ini

Ikuti Kami
     

Pautan

logo-smecorp | MATA EYEWEAR
SMEInfo

Statistik

Laman Portal ini telah dikunjungi sebanyak kali

Agensi Integrasi

KPKTJKKPLJM LJTM LJBM 
    
     

Paparan terbaik adalah dengan menggunakan pelayar Microsoft Edge, Google Chrome dan Mozilla Firefox versi terkini yang mempunyai minima resolusi sebanyak 1200 piksel x 800 piksel di mana Javascript diaktifkan.
Bagi pelayar Internet Explorer (IE) pula, kami sarankan untuk tukar ke Microsoft Edge untuk mendapatkan paparan yang terbaik.