|
Mendaftar Majikan
|
Mendaftar Pekerja
|
|
Pendaftaran di Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) | Majikan perlu mendaftar di KWSP dalam tempoh 7 hari daripada tarikh majikan mula bertanggungjawab mencarum, iaitu sebaik sahaja seseorang pekerja diambil bekerja untuknya. | Majikan bertanggungjawab mendaftarkan pekerjanya yang belum berdaftar dengan KWSP sebelum caruman pertama dibuat. | |
Pendaftaran di Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) | Majikan perlu mendaftar dengan PERKESO dalam tempoh 30 hari dari tarikh ia mula menggajikan pekerja. | Majikan yang mempunyai sekurang-kurangnya seorang pekerja atau lebih dengan gaji bulanan RM3,000 atau kurang dikehendaki mendaftar dan membayar caruman kepada PERKESO. Bagi pekerja yang bergaji bulanan melebihi RM3,000 diberi pilihan sama ada ingin mencarum dengan PERKESO atau tidak. | |
Pendaftaran di Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) | Syarikat, PLT dan koperasi yang telah memulakan perniagaannya perlu mengemukakan permohonan pendaftaran nombor rujukan cukai korporat. Perniagaan atau syarikat yang mempunyai pekerja hendaklah mendaftar fail cukai majikan untuk tujuan pelaksanaan Potongan Cukai Berjadual (PCB). |
Majikan yang mula menggaji individu yang boleh atau mungkin boleh dikenakan cukai pendapatan hendaklah memaklumkan kepada Cawangan Penaksiran, LHDN yang berhampiran berkenaan pekerja itu dalam tempoh satu bulan dari tarikh permulaan pekerjaannya. | |
Pendaftaran di Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRDF) | Tiap-tiap majikan [yang baginya Akta Pembangunan Sumber Manusia Berhad 2001 (Akta 612) terpakai] hendaklah mendaftar dengan Pembangunan Sumber Manusia Berhad (yang dikenali juga sebagai 'Human Resources Development Fund') seperti yang termaktub dalam Akta Pembangunan Sumber Manusia Berhad 2001 (Akta 612).. Tekan pada link https://www.hrdf.com.my keterangan lanjut berkenaan Akta PSMB. |
Tidak Berkaitan |