PENGUMUMAN PENTING
PENUTUPAN SEMENTARA PORTAL MALAYSIABIZ
Dimaklumkan bahawa MalaysiaBiz akan menjalankan kerja-kerja migrasi dan penyelenggaraan sistem bagi meningkatkan prestasi serta kebolehpercayaan perkhidmatan.
Sehubungan itu, sistem MalaysiaBiz tidak akan dapat diakses untuk sementara waktu seperti ketetapan berikut:
Tarikh: Rabu, 26 Ogos 2026
Masa: 6.00 petang sehingga 12.00 tengah malam
Sepanjang tempoh ini, akses ke MalaysiaBiz akan tergendala.
Sebarang kesulitan yang dialami amat dikesali dan kerjasama serta kefahaman YBhg. Datuk/Dato’/Tuan/Puan amat dihargai.
Terima kasih.